-->

Pages

welcome to my blog

my family is my heaven..appreciate it..thank you Allah..alhamdulillah

Thursday, 6 December 2012

~ RAHIM TERBALIK (retroverted) ~

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.
Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.

Tuesday, 20 November 2012

~says pakar sakit puan ~

Bila lambat datang haid


Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah 'Adakah aku hamil?'

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana2 kedai  farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan boleh kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.

 

Gangguan hormon boleh juga menyebakan lambat datang haid. Apakah situasi2 yng boleh ganggu hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita. Stress,ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitar ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress  memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

Gangguan hormon juga boleh dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita  cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal dan kegemokkan memang boleh ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telur tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Oleh itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.

 
konklusi : jangan pandang remeh perkara ini specially yang married