-->

Pages

welcome to my blog

my family is my heaven..appreciate it..thank you Allah..alhamdulillah

Wednesday, 14 November 2012

favourite cakes resepi



Kek Lapis Cheese Prune
Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )- 
  • 10 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 280 gm gula kastor- guna 200 g aje, ok bg akak
  • 250 gm topflour(wheat flour)-guna tepung superfine
  • 1 sudu makan ovelette
  • 100 gm air ais(air sejuk)
  • 250 gm krim keju
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 400 gm mentega
Cara-cara:
  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bakar berlapis2 hingga masak.
  6. Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
  7. Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak


repost resepi jak ni...lupa pla amik mana...

 


Pandan Layerd Cake 
from Mat Gebu@myresipi.com
Nampak macam rumit tapi mudah dan sedap...

Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )
  • BAHAN2 UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair
  • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  1. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  1. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
  1. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
  1. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
  1. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
  1. Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
  1. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...

No comments:

Post a Comment