-->

Pages

welcome to my blog

my family is my heaven..appreciate it..thank you Allah..alhamdulillah

Wednesday, 14 November 2012

salam muharram

Salam Awal Muharram untuk semua sahabat. Saya berpesan pada diri sendiri, ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat yang lain. Moga kita dapat dekatkan diri dengan Allah SWT lebih lagi, perbaiki KPI diri sendiri, ikuti amalan Rasullah SAW selalu, khatam Al-Quran, baca tafsir (terjemahan dalam Bahasa Malaysia) untuk lebih faham dan tambahkan rasa cinta pada yang maha esa. Masa kita kat dunia ni sangat singkat, jangan sia-siakan. Walaupun tak semua kita dapat buat, tapi kata orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Insyallah, Allah tu maha pengampun dan maha penyayang. Amin.
Semoga semua dosa kita di ampun dengan kita mencukupkan kewajipan rukun Taubat ..dan semoga Allah s.w.t menerima segala amalan kita.dan dapat diperbaikkan amalan dari sehari2 ke sehari.mulakan tahun yang baru dengan Niat yang baruSalam Maalhijrah 1434 Masihi
 
Hijrah merupakan satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan menjadi lebih baik dari mana kedudukan kita sekarang. Baik dari segi akhlak, perlakuan, pertuturan, dan dari semua aspek kehidupan. Bukan perlu perubahan yang drastik, tapi eloklah jika kebaikan yang dilakukan istiqamah walaupun kecil. Istiqamah itu lah perkara sukar dilakukan oleh diri sendiri.Halangan nafsu dan syaitan seringkali mengajak kearah kejahatan. JOM BERSAMAX MELAKUKAN PERUBAHAN SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1434H

No comments:

Post a Comment